Saturday, 12 January 2013

Jalan Jalan Cari Ilmu

Hayati keindahan ketika melihat panorama & khazanah alam di negeri Pahang....

Jalan Jalan Cari Ilmu

Legoland....
Dunia Ciptaan Manusia...
Rasai keriangan bersama keluarga...

Friday, 11 January 2013

Jalan Jalan Cari Ilmu

Melaka Bandar Bersejarah...
Nostalgia Menggamit Memori 


Kejatuhan Empayar Melaka ke Tangan Portugis....
Tinggalan monumen dari kesan penjajah masih lagi terdapat di tanah Melaka yang boleh disaksikan...


Kepentingan Rancangan Perniagaan

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap.

Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?  
Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan.

*Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

1. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal.
 
2. Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya.
 
3. Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan.
 
4. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian.

IN-TEAM - KALIMAH CINTA (MV) NASYID


Mari kita hayati lirik..
Semoga bertambah kecintaan kita padaNya..

Tip Menulis Rancangan Perniagaan

Salam Sejahtera..
Apa khabar para pembaca yang dihormati..
Terima kasih kerana setia mengikuti perkembangan blog ini..
Pada hari ini saya akan mendedahkan usahawan/bakal usahawan bagaimana untuk menarancang perniagaan melalui penulisan rancangan perniagaan yang baik..
* Gambar daripada : here
Kerana apa?
Pastinya melalui rancangan perniagaan yang baik, dapat membantu usahawan dalam menjalankan aktiviti perniagaan yang dijalankan...







Satu demi satu kisah kejayaan usahawan-usahawan baru dipaparkan, sama ada di akhbar mahupun TV. Kisah-kisah ini amat mengujakan, kerana saya amat meminati bidang perniagaan. Sememangnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan ini. Tetapi, niat tersebut selalu dipendamkan...

Kini, setelah mengorak langkah pertama dalam dunia perniagaan, saya tidak lagi menoleh ke belakang. Keputusan menceburkan diri sebagai usahawan sepenuh masa 3 tahun yang lalu merupakan langkah paling bijak dan sangat berbaloi!


Selamat Datang Ke Blog Saya

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.. Blog ini dihasilkan untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui dan juga tauladan yang dapat kita jadikan panduan hidup daripada mereka yang telah berpengalaman daripada saya.

Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan kisah-kisah terbaru. Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah anda tinggalkan diruang yang telah saya sediakan.

Dari semasa ke semasa saya akan selalu mengemaskini blog saya ini. Terima kasih.