Friday, 11 January 2013

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap.

Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?  
Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan.

*Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

1. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal.
 
2. Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya.
 
3. Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan.
 
4. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian.

No comments:

Post a Comment